Friday 11 April 2014

Perkasa Dibenarkan MASUK / PKR Dihalang Memasuki Sarawak


Dibenarkan memasuki Sarawak – Ketua Perkasa Ibrahim Ali pada minggu lepas telah meluangkan masa beberapa jam di Restoran Hotel Harbour View pada malam Mac. Sebaliknya ahli-ahli politik pembangkang yang sah PKR telah dihalang masuk ke Sarawak
Dibenarkan memasuki Sarawak – Ketua Perkasa Ibrahim Ali pada minggu lepas telah meluangkan masa beberapa jam di Restoran Hotel Harbour View pada malam Mac. Sebaliknya ahli-ahli politik pembangkang yang sah PKR telah dihalang masuk ke Sarawak
Sarawak Report mempunyai bukti mengatakan bahawa kenyataan Jabatan Imigresen Sarawak bahawa Ketua Perkasa, Ibrahim Ali tidak datang ke Sarawak minggu lepas adalah tidak benar.
Kami mempunyai bukti bahawa Ibrahim Ali sememangnya melawat Sarawak, kerana dibuktikan menerusi tandatangannya sendiri diturunkan semasa membuat pembayaran ke atas minuman dan makanan di Hotel Harbour View di Kuching, di mana dia juga menginap selama dua malam di Bilik 307.
Sarawak Report telah menerima gambar-gambar foto eksklusif berkenaan resit-resit pembayaran yang dilakukannya itu.
Kami dapat mengesahkan bahawa lawatannya ke Kuching pada minggu lepas itu telah diatur menggunakan nama kumpulan pelampau Melayu (yang menggelar diri mereka sebagai badan NGO) oleh Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali.
Syed Hassan Syed Ali telah menempah empat buah bilik atas nama Perkasa di Hotel Harbour View, yang berharga kira-kira RM150 semalam, untuk malam 20 – 21hb Mac yang lalu.
Pihak kami menerima salinan-salinan rekod pendaftaran itu.
Kumpulan itu kemudiannya berbual-bual selama beberapa jam sehingga larut malam di restoran itu bersama ahli-ahli PKMS – Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, yang dilaporkan sebagai penjemput kumpulan ekstremis berhaluan kanan Perkasa itu untuk memperkenalkan persatuan mereka itu.
IbrahimAli ketika berada di kawasan restoran di Hotel Harbour View bersama rakan-rakannya dari kumpulan pelampau Perkasa dan PKMS
IbrahimAli ketika berada di kawasan restoran di Hotel Harbour View bersama rakan-rakannya dari kumpulan pelampau Perkasa dan PKMS
‘Dato’ Ibrahim Ali’ menginap di Bilik 307 ditandatangani pada bil di Harbour View
‘Dato’ Ibrahim Ali’ menginap di Bilik 307 ditandatangani pada bil di Harbour View
Berikutan kemarahan ramai pihak berkenaan kunjungan itu dan juga laporan-laporan bahawa pemimpin Perkasa itu berhasrat untuk melancarkan sebuah cawangan baru ‘pertubuhan kebencian’ di Sarawak, Jabatan Imigresen Sarawak semalam telah mengeluarkan suatu kenyataan penafian bahawa dia pernah ke negeri itu.
Maklumat ralat ini turut disokong oleh pihak polis dan unit cawangan khas dan juga dilaporkan dalam media tempatan.
Namun kami dapat menunjukkan bahawa sekeping salinan karbon pelanduk dua serupa Ibrahim Ali bukan sekadar duduk bersantai bersama rakan-rakan Perkasanya pada hari Jumaat lepas, malah dia turut menandatangani bil menggunakan namanya sendiri, dengan gahnya memasukkan gelaran Dato’ termasuk juga menuliskan nombor biliknya 307.
Kami juga menerima sesalinan penyata tempahannya di hotel berkenaan yang dibuat atas nama Perkasa dan Setiausaha Agungnya Syed Hassan Syed Ali.
Oleh yang demikian, sama ada keseluruhan lawatan itu adalah cubaan luar biasa, penuh dengan kenyataan media palsu dan seorang selebtiti yang menyamar sebagai Ibrahim Ali yang amat berpengaruh itu, menandatangani menggunakan namanya, atau pihak berkuasa Sarawak telah mula mengambil langkah bodoh bertindak menyebarkan maklumat palsu. Lawatan penyemai kebencian ekstrim, Ibrahim Ali, yang tidak diundang ke negeri itu tidak seharusnya diatur pada masa yang provokatif ini, dengan tindakan kerajaan negeri Sarawak menghalang kemasukan tokoh-tokoh pembangkang.

No comments:

Post a Comment