Sunday 27 April 2014

Penduduk Baram terus membantah projek empangan baram

 Penduduk kampung membina struktur lebih kukuh bagi meneruskan hadangan mereka di laluan masuk ke empangan Baram, lapor Sarawak Report.

"Penduduk di simpang jalan masuk ke tapak empangan Baram kini bersedia untuk satu perjuangan jangka panjang.

"Hari ini (semalam) mereka membina tempat menginap yang lebih tahan lama," lapor Sarawak Report di laman facebook semalam.

Sementara itu Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak menyokong sebarang usaha dilakukan komuniti itu bagi terus menghalang pembinaan empangan Baram.

"Pembinaan empangan itu tidak sama sekali mendatangkan faedah kepada komuniti orang Asal. Hanya bertujuan mengaut keuntungan," kata Timbalan Ketua AMK Sarawak, Zulhaidah Suboh.

Tambahnya, nasib komuniti orang asal Sarawak yang berdepan risiko kehilangan tanah adat berterusan tida terbela dibawah kepimpinan Ketua Menteri yang baru, Adenan Satem.

"Pembinaan empangan ini kelak akan menyebabkan pemusnahan budaya masyarakat asal Sarawak," jelasnya.

Hadangan di Long Lama, Baram telah didirikan semenjak Oktober 2013 untuk menghalang kontraktor membina jalan menuju ke tapak empangan Baram.

Sementara itu, kertas kajian Universiti Oxford menyatakan empangan mega di seluruh dunia sebenarnya membazir, walaupun pembuat dasar selalu mencadangkan sebaliknya.

Kertas dalam jurnal universiti Energy Policy Jilid ke-69 mencadangkan, empangan besar secara puratanya melibatkan kos 96 peratus melebihi jangkaan dan memerlukan masa lebih 44 peratus daripada dijadualkan

No comments:

Post a Comment