Monday 7 April 2014

Jutaan Ringgit Yang Hilang Yang Dikhaskan Untuk Membina Sekolah-Sekolah

Syarikat yang dinyatakan sebagai sebuah jentera untuk rancangan pra pilihanraya SUPP pimpinan Peter Chin untuk membina 15 buah sekolah di Sarawak telah dinafikan secara berkategori
Pemaju yang berpangkalan di KL itu, See Hoy Chan, telah memberitahu Sarawak Report bahawa mereka tidak tahu mengenai cadangan RM559 juta itu, yang telah disegerakan dan diluluskan oleh pejabat-pejabat PM dan TPM beberapa minggu sebelum pilihanraya kecil yang lalu.
Butir-butirnya telah didedahkan dalam blog ini yang lalu menyatakan senarai 15 buah sekolah yang amat diperlukan di Sarawak dan Peter Chin telah mengemukakan konsortium One BU Redha Services, yang terdiri dari syarikat kroni Taib Mahmud, Redha Services dan One BU Sdn Bhd untuk menjalankan kerja-kerja itu.
Sepucuk surat telah dihantar ke pejabat PM daripada One BU Redha Services Sdn Bhd mendakwa bahawa konsortium mereka itu adalah “sebahagian dari kumpulan syarikat-syarikat dalam See Hoy Chan”.
‘Sebahagian dari syarikat-syarikat See Hoy Chan’
‘Sebahagian dari syarikat-syarikat See Hoy Chan’
Nampaknya One BU bermaksud Number One (Nombor Satu) Banda Utama, yang merupakan ibu pejabat syarikat itu yang terkenal di KL.
Namun, semasa dihubungi, salah seorang dari pengarah-pengarah syarikat keluarga itu pada minggu lalu, Dato Teo Chiang Liang, kami mendapati ini bukannya kes yang dimaksudkan.
Penafian ini menambahkan kebimbangan berkenaan usaha yang wajar dalam melaksanakan projek bernilai setengah billion ringgit yang diproses oleh PM secara terburu-buru menerusi pejabatnya yang hanya digesa oleh seorang ahli politik BN dari Sarawak hanya beberapa hari menjelang pengumuman piliharaya.baca sepenuhnya
Pemimpin SUPP Peter Chin merupakan ahli politik yang menggesa projek itu menerusi pintu belakang pejabat PM

No comments:

Post a Comment